Assalamualaikum.
Pada 17 Januari 2020 hari Jumaat yang mulia, telah berlangsung Liqa Pertama iaitu perjumpaan pertama bersema semua ahli Badar untuk tahun 2020. Perjumpaan berlangsung di Surau al-Hikmah dan dipengerusikan oleh Ustazah Ramlah, Ketua Bina Insan SMKPB.
Dalam perjumpaan pertama ini, agenda yang dibincangkan adalah aktiviti setiap unit. Sebelum itu Ustazah Ramlah mengumumkan AJK Tertinggi Badar untuk tahun 2020. Seterusnya kami semua berada dalam unit masing-masing untuk membincangkan agenda unit untuk tahun 2020.
Yang menjadi fokus kami untuk tahun 2020 ini adalah solat berjemaah Zuhur yang lebih tersusun dan teratur terutamanya untuk menengah atas serta slot tazkirah untuk pelajar uzur syar'ie. Kami memandang serius perkara ini kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas terdapat pelajar yang ponteng solat. Oleh itu kami memerlukan penguatkuasaan yang lebih dalam memperkasakan solat berjemaah di sekolah kami.
Oleh yang demikian, kami mengharapkan agara semua ahli Badar memainkan peranan yang penting agar kita semua dapat saling menegur dan bertindak sekiranya ada kes-kes ponteng sepanjang solat berjemaah berlangsung. Kami juga mengharapkan sokongan pihak guru untuk sama-sama memantau pelajar-pelajar supaya kekal mengamalkan solat berjemaah agar konsisten sama ada di sekolah atau di rumah.

